satusabah

ISU PPS : Khatib Didakwa Mengkritik Polis Menerusi Khutbah Jumaat

Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi k...

Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama di sini Jumaat.

Portal Satu Sabah
Khatib didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. 

"Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam," katanya dalam kenyataan ringkas pada Sabtu. 




Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik kerajaan pusat dalam menangani isu pasukan itu. 

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. -MSTAR-
Loading...

Related

Isu Semasa 7926165667171973802

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item