satusabah

Isu Sabah Keluar Malaysia : Polis Sabah Terima 12 Laporan

ISU SABAH KELUAR MALAYSIA : Ada yang Menyokong, Menyatakan Ketidakpuasan hati serta Menolak.. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalalud...

ISU SABAH KELUAR MALAYSIA : Ada yang Menyokong, Menyatakan Ketidakpuasan hati serta Menolak..


Isu sabah portal satusabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
Polis Sabah telah menerima 12 laporan berkaitan dengan isu Sabah keluar daripada Malaysia, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
    
"Ada laporan yang menyokong, memberitahu tidak puas hati tentang sesuatu peranan yang dimainkan dan ada yang menafikan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini hari ini.
    
Beliau berkata, polis Sabah sudah mewujudkan pasukan khas dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan memantau isu itu serta sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri ini.
    
Jalaluddin berkata pihaknya juga telah menyusun beberapa perancangan bagi menghadapi sebarang perhimpunan dan perarakan yang mungkin diadakan menjelang sambutan Hari Malaysia 16 Sept ini.
    
Beliau mengingatkan bahawa setiap perarakan dan perhimpunan yang mahu diadakan perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis dan permohonan boleh dibuat di setiap pejabat Ketua Polis Daerah.
   



Terdahulu dalam ucapannya, Jalaluddin berkata indeks jenayah di Sabah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 359 kes atau 9.1 peratus iaitu daripada 3,943 kes tahun lalu kepada 3,584 kes tahun ini.
    
Katanya bagi tempoh itu, penyelesaian kes yang direkodkan adalah sebanyak 1,698 kes atau 47.38 peratus  berbanding 1,730 kes atau 43.88 peratus bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 3.5 peratus.
    
Bagi tempoh itu juga statistik jenayah pecah rumah menurun sebanyak 243 kes iaitu daripada 1,173 kes pada tahun lalu kepada 930 kes pada tahun ini manakala jenayah jalanan menurun kepada 263 kes berbanding 275 kes tahun lepas, katanya.
    
Pada perhimpunan itu, seramai 30 pegawai dan anggota menerima kenaikan pangkat atau menerima sijil penghargaan bagi perkhidmatan cemerlang. - Bernama
Loading...

Related

Sabah Keluar Malaysia 4792951634224023274

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item