satusabah

KEMASKINI : Insiden Berbalas Tembakan 3 Anggota PDRM Cedera semntara 2 Penjenayah Maut

Penjenayah paling dikehendaki, 'Mat Hatim' atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu ke...

Penjenayah paling dikehendaki, 'Mat Hatim' atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi tadi.

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu. 

"Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.




Rumah Kediaman Suspek
"Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.


"Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian," katanya pada sidang media sebentar tadi. 

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu. 

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.  -HMETRO-
Loading...

Related

PDRM 3009562633644174698

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item