satusabah

Minum Racun. Putus CInta

Minum Racun. Putus CInta Difahamkan, mangsa mula murung sejak kelmarin namun keluarganya tidak mengesyaki apa-apa sehingga lelaki beru...

Portal Satu Sabah
Minum Racun. Putus CInta
Difahamkan, mangsa mula murung sejak kelmarin namun keluarganya tidak mengesyaki apa-apa sehingga lelaki berusia 20 tahun itu tidak keluar-keluar dari bilik tidurnya.
Bimbang perkara buruk menimpanya, keluarga memasuki bilik tidur mangsa dan mendapati mulut mangsa berbuih-buih dipercayai akibat minum racun.
Jenis racun yang diminum mangsa bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.
Mangsa dikatakan putus hubungan dengan kekasihnya baru-baru ini. Dia kemudian dihantar oleh keluarga ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berumur 24 dari Kampung Sudat turut dikejarkan ke HUS selepas dipercayai minum racun serangga. Lelaki itu turut ditemui oleh rakannya dalam keadaan mulut berbuih namun tidak sedarkan diri.
Dia dimasukkan ke Zon Merah untuk pemerhatian lanjut. Motif berbuat demikian tidak dapat dipastikan. UTUSAN BORNEO
Loading...

Related

Sarawak 579453161968291269

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item