satusabah

PEKADIN SABAH Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pihak Bocor Soalan

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil Tindakan Tega...

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil Tindakan Tegas kepada pihak yang bersalah.

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati bersalah membocorkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Naib Presiden PEKADIN, Simon Molubi berkata ini (tindakan) penting bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang selain memberi pengajaran kepada semua.
PEKADIN berharap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) selaku pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh, seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.


“Mengurus peperiksaan awam UPSR bukanlah mudah. Banyak kos yang perlu digunakan terutama di Sabah dan Sarawak yang mempunyai sekolah yang jauh atau terpencil di pedalaman dan pengangkutan yang sukar.
“Tentu sekali kerajaan menanggung kerugian untuk mencetak semula kertas peperiksaan baharu dan mengurus peperiksaan yang tertangguh. Sebab itu, PEKADIN menyarankan agar tindakan keras diambil demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini,” kata Simon dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu di Tumpat, Kelantan Rabu.
Muhyiddin dipetik sebagai berkata bahawa beliau dukacita kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR 2014, yang sepatutnya diduduki calon hari Khamis, bocor sehingga terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.
Timbalan Perdana Menteri meminta maaf kepada calon dan ibu bapa mereka.
Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan Rabu mengumumkan kertas peperiksaan itu ditangguh setelah kandungan soalannya didapati bocor. –BERNAMA
Loading...

Related

NGO SABAH 2432057559615656961

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item