satusabah

Semasa : Gores dan Menang : Mangsa diancam Senjata

Mangsa Gores dan Menang diancam senjata Cubaan dua lelaki untuk berbincang dengan sebuah syarikat gores dan menang di Pusat Komersil B...

Portal Satu sabah
Mangsa Gores dan Menang diancam senjata
Cubaan dua lelaki untuk berbincang dengan sebuah syarikat gores dan menang di Pusat Komersil Bukit Kepayang, dekat sini, semalam tidak kesampaian apabila mereka diancam menggunakan senjata.

Pengadu hanya mahu dikenali sebagai Low, 54, berkata, kedatangan mereka sekitar jam 11.30 pagi itu bukanlah hendak bertelagah, sebaliknya untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dihadapi sejak Isnin lalu, membabitkan tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,500.    

“Malangnya, kehadiran kami tidak disenangi pihak syarikat. Beberapa lelaki berwajah bengis sambil bersenjatakan batang paip sepanjang kira-kira 1.2 meter yang muncul entah dari mana, menghalang kami mendekati bangunan tersebut.  

“Bimbang diapa-apakan, kami segera menghubungi ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda MCA Kebangsaan, Jason Lee Kee Chong untuk mendapatkan bantuan dan nasihat,” katanya yang mengesyaki kesemua lelaki terbabit diupah pihak syarikat untuk menakutkan mereka berdua.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan keselamatan masing-masing, Low dan Kong (bukan nama sebenar), 50an, akhirnya mengambil keputusan untuk beralah dan beredar dari premis berkenaan atas nasihat Jason.




“Kami sempat mengambil beberapa gambar di lokasi sebagai bukti. Mujurlah telefon bimbit kami tidak dirampas,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Sementara itu, Jason yang ditemui pemberita di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam turut mengesahkan aduan Low dan Kong.

“Perkara pertama yang saya fikirkan selepas menerima panggilan Low kira-kira jam 11.50 pagi adalah keselamatan mereka berdua. Sebab itu saya suruh mereka cepat-cepat beredar dari situ.

“Saya turut memaklumkan kepada polis kejadian menimpa mereka berdua melalui panggilan telefon sekitar jam 12.55 tengah hari. Laporan secara bertulis pula dibuat kira-kira jam 2.23 petang,” katanya yang berharap tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap syarikat terbabit.

Isnin lalu, media melaporkan insiden melibatkan Low dan Kong yang dikepung hampir 12 lelaki ketika mahu menyerahkan surat tuntutan tribunal kepada sebuah syarikat gores dan menang, ekoran didakwa menipu isteri Low sebanyak RM1,500.

Tidak cukup dengan itu, kedua-duanya mendakwa ditampar dan dimaki oleh beberapa lelaki terbabit, selain diberitahu bahawa pihak syarikat sama sekali tidak akan membayar semula wang yang dituntut. -SINAR HARIAN-
Loading...

Related

Gores dan Menang 4654839337591048015

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item