satusabah

Semasa Sabah | Lelaki ditangkap di Kudat disyaki Terlibat Kes Tipu Melalui SMS

Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui khidmat pesan...

Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan wang berjumlah RM2,599 pada Februari lepas.

Portal Satu Sabah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata suspek, bekas kakitangan sebuah agensi kerajaan itu diberkas di Kudat ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berumur 25 tahun, pada 6 Januari lepas.

Saiman berkata dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah menerima SMS yang kononnya dia memenangi hadiah utama bernilai RM20,000 yang ditawarkan Shell (M) Berhad.

Atas arahan suspek, pengadu kemudian memasukan wang RM1,099.47 ke dalam nombor akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd yang diberikan suspek serta yuran peraduan sebanyak RM 1,500 dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional.




Tidak cukup dengan itu, pengadu juga disuruh membeli kupon tambah nilai Maxis RM60 sebanyak lima keping dan menghantarkan nombor pin isian semula berkenaan melalui SMS kepada suspek, katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, selepas semua transaksi berkenaan selesai, mangsa mula merasa curiga lalu menghubungi suspek namun gagal kerana suspek telah memutuskan talian telefonnya.

Saiman berkata siasatan awal di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati lelaki itu merupakan suspek utama dalam enam kes penipuan serupa melibatkan pelanggan di Johor Baharu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Melaka.
Loading...

Related

Malaysia 9122596873158560937

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item