satusabah

SEMASA : TAWAU, MAYAT LELAKI DENGAN KESAN TETAKAN DITEMUI DALAM SEMAK

SEKADAR GAMBAR HIASAN Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui dengan kesan luka di bahagian muka dan leher di kawasan bekas kilan...

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui dengan kesan luka di bahagian muka dan leher di kawasan bekas kilang kayu Kampung Hidayat, kira-kira 6.4 kilometer dari bandar Tawau lewat malam tadi.

Ketua Polis daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mayat itu ditemui masih berpakaian lengkap dengan seluar pendek jeans berwarna biru namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.

"Bahagian muka mangsa mengalami kecederaan sehingga ke leher manakala di tangan dan kakinya terdapat kesan tetakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Menurut Awang Besar, polis turut menemui sebilah pedang samurai pendek bersarung serta topi berdekatan dengan mangsa dan berdasarkan keadaan mayat mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 12 jam sebelum mayatnya ditemui.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang ada maklumat tentang kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. - Bernama
Loading...

Related

Sabah 2007121112221251459

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item