satusabah

SOKONG BAHASA INGGERIS SUBJEK WAJIB LULUS DI IPTA - PEKADIN SABAH

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyokong penuh cadangan kerajaan pusat untuk menjadikan Bahasa In...

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyokong penuh cadangan kerajaan pusat untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus bagi pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Presiden Pekadin Nailin Gabintal berkata dasar baharu itu merupakan langkah yang berpandangan jauh dalam melahirkan pelajar IPTA serba boleh termasuk penguasaan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata Bahasa Inggeris merupakan bahasa pertuturan antarabangsa yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar IPTA bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan lebih berkesan di peringkat global.

“Selain itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu, dan kebanyakan buku rujukan peringkat IPTA dalam Bahasa Inggeris…jelas sekali penguasaan Bahasa Inggeris memberi kelebihan kepada graduan universiti awam.

“Sebab itu, Pekadin mengalu-alukan inisiatif terbaharu kerajaan ini untuk memperkasa bidang pendidikan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.




Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan berkata satu dasar baharu akan dilaksanakan bagi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, di samping Bahasa Melayu, bagi pelajar di universiti awam.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata bahawa beliau membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira seminggu lepas dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

Nailin berkata dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, pelajar atau graduan IPTA akan lebih berdaya saing dan kompeten.

“Kelebihan ini juga akan memudahkan mereka memasuki pasaran kerja khususnya di sektor swasta dan firma luar yang beroperasi di negara ini. Ini bermakna penguasaan bahasa Inggeris merupakan satu keperluan kepada graduan,” katanya. — BERNAMA
Loading...

Related

Sabah 142149474571343161

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item