satusabah

TERKINI SABAH : PERINTAH BERKURUNG SABAH DILANJUTKAN FASA KEEMPAT

03/09/2014,  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Mengumumkan Perlanjutan Tempoh Perintah Berkurung Hari ini. Peri...

03/09/2014,  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Mengumumkan Perlanjutan Tempoh Perintah Berkurung Hari ini.


Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa keempat mulai 4 hingga 19 September.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pelaksanaan perintah itu mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan khususnya perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Katanya, fasa keempat itu membabitkan pelaksanaan perintah berkurung mulai jam 7 malam hingga 5 pagi, sama seperti fasa ketiga sebelum ini.



"Perintah itu dilanjutkan berdasarkan empat faktor antaranya bagi mencegah cubaan menceroboh dan menculik, mencegah penyeludupan senjata api, memudahkan pihak berkuasa mengawal keselamatan perairan Sabah selain mendapat sokongan daripada pengusaha sangkar ikan dan pusat pelancongan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

-BERITA HARIAN-
Loading...

Related

Sabah 7428352000979217924

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item