satusabah

Warga Emas Tidak Sedar Kereta masuk Longkang

Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam lon...

Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam longkang besar di Jalan Air Kuning Taiping, Perak.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sariah, 74, dipercayai gagal mengawal Perodua Kancil dipandunya menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang.

Mangsa berasal dari Kamunting di sini, mendakwa sedang memandu menuju ke Air Kuning apabila kenderaannya hilang kawalan.

Tidak Sedar jatuh longkang


“Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak,” katanya.

Menurutnya, dia yang kemudian menyedari terbabit dalam kemalangan merangkak keluar dari kereta sebelum dibantu orang ramai tanpa kecederaan.

Sementara itu seorang saksi, Omar Ahmad, 47, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya berikutan sering berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal dan kereta.


Menurutnya, longkang besar yang terbuka dan tiada penutup itu seolah-olah mengundang kemalangan dan meminta pihak berwajib menutup longkang berkenaan sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa. -HMETRO-
Loading...

Related

Warga Emas 3337853335382768120

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item