satusabah

AS Mahu Malaysia Mansuhkan Akta Hasutan

AS Mahu Malaysia Mansuhkan Akta Hasutan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan Malaysia agar memansuhkan Akta Hasutan 1948 sepert...

Portal Satu Sabah
AS Mahu Malaysia Mansuhkan Akta Hasutan
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan Malaysia agar memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, kedutaan itu berkata, pemansuhan Akta Hasutan dilihat selari dengan kedaulatan undang-undang dan hak asasi di negara ini.

“AS prihatin dengan penggunaan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia. Kami juga mengalu-alukan pengumuman Najib pada 2012 berhubung niatnya untuk memansuhkan Akta Hasutan dan berharap kerajaan dapat meneruskan komitmen tersebut.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk menggunakan undang-undang secara adil, telus, dan neutral untuk menggalakkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman, dan ekonomi di Malaysia. Pegawai kami telah menyatakan keprihatinan mengenai kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia dengan kerajaan Malaysia, dan akan terus berbuat demikian,’’ menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan AS dan diplomat lain turut memerhati secara dekat perarakan bantahan Akta Hasutan yang dianjurkan Majlis Peguam, kelmarin.

“Kami menyedari protes aman ini mencerminkan usaha Majlis Peguam dan pihak berkuasa,” katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam menganjurkan bantahan melalui menyertai ‘Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014’ bagi menggesa agar Akta Hasutan dimansuhkan.

Memorandum bantahan diserahkan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong  kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong di bangunan Parlimen.

Loading...

Related

Malaysia 4374160798758046826

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item