satusabah

Berita Sabah : Lelaki Ditikam Ketika Pesan Makanan

KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki warga asing menikmati juadah petangnya terbantut selepas dia mengalami kecederaan akibat ditikam deng...

KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki warga asing menikmati juadah petangnya terbantut selepas dia mengalami kecederaan akibat ditikam dengan tidak semena-mena dalam kejadian di sebuah restoran berhampiran Api-Api Centre, di sini kelmarin.

Portal SatuSabah
 Lelaki ditikam di Api-Api Centre Kota Kinabalu
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa berumur 50 tahun dikatakan sedang duduk di restoran berkenaan sambil memesan minuman dan makanan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Difahamkan suspek mengeluarkan sesuatu objek lalu menghampiri mangsa dan menikamnya di bahagian belakang sebelum bergegas lari dari lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah sambil memekik kesakitan.

Beberapa pekerja restoran yang menyedari kejadian itu kemudiannya bergegas mendapatkan mangsa lalu membawanya ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu Superintenden Mohd Azhar Hamin berkata, bertindak atas maklumat awam dan pengadu, kira-kira tiga jam kemudian pihaknya berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki tempatan di perkarangan kawasan Warisan Square tidak jauh dari lokasi kejadian berlaku.

“Suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita turut menemui sebilah gunting sepanjang enam inci yang difahamkan digunakan oleh suspek dalam insiden serangan berkenaan,” katanya di sini kelmarin.

Azhar berkata, berdasarkan maklumat awal, modus operandi suspek adalah melakukan serangan secara rawak tanpa mengenali mangsanya terlebih dahulu sebelum melarikan diri.

“Dengan tertangkapnya suspek, kita percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes membabitkan insiden sama iaitu di Sadong Jaya Sembulan, Pasaraya Sunny Tanjung Aru dan terbaru di Api-Api Centre,” katanya.

Menurut beliau, suspek kini ditahan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.


Loading...

Related

Sabah 1481555393084491483

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item