satusabah

Berita Sabah : Polis Marin Sabah Gagalkan Penyeludupan Rokok Bernilai RM 10.9 Juta

Negeri Sabah Catat  Rekod Rampasan Rokok Terbesar di Malaysia Sepanjang Tahun 2014 melalui OPS PARADISE di Perairan Ice Box, Tawau. P...

Negeri Sabah Catat  Rekod Rampasan Rokok Terbesar di Malaysia Sepanjang Tahun 2014 melalui OPS PARADISE di Perairan Ice Box, Tawau.

PORTAL SATUSABAH
POLIS MARIN PATAHKAN PENYELUDUPAN ROKOK BERNILAI 10.9 JUTA DI SABAH
Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan kegiatan penyeludupan rokok kretek bernilai RM10. 9 juta menerusi bot kargo barter trade, Khamis lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata separuh daripada isi bot kargo terbabit membawa muatan rokok kretek selain barang seludup yang lain.

“Rokok ini dibawa dari Filipina ke Tawau tetapi mereka cuba berpatah-balik selepas mendapati penguatkuasaan ketat dijalankan di kawasan perairan negara.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 5.50 petang kehadiran bot itu disedari PPM bertugas yang bertindak menahan dan menjalankan pemeriksaan,” katanya di sini kelmarin.

Jalaluddin berkata rampasan itu melibatkan rokok putih jenama Astro buatan Filipina sebanyak 532,500 bungkus jenis Fillter King dan Menthol King.

Menurutnya, polis mengesyaki tiga suspek yang turut ditahan di bot kargo itu hendak memindahkan barang seludup terbabit kepada rangkaian sindiket yang mengatur.

“Jika tidak ditahan, bot kargo ini mungkin singgah di lokasi-lokasi tertentu di perairan kita seperti Inderasabah dan Semporna sebelum berpatah balik ke Filipina,” katanya.

Turut dirampas bot kargo, selain juragan serta dua anak kapal yang ditangkap kerana gagal mengemukakan Sijil Origin Cargo, dokumen Kastam 8 (Declaration), dan salinan bil of loading dan packing list (consignment summary).

Suspek-suspek terbabit disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa/memunggah barang belum lulus cukai Kastam.

Dalam kes berasingan, PPM Kota Kinabalu pada hari sama turut berjaya mematahkan kegiatan pengambilan pasir secara haram di kawasan Pelabuhan Kota Kinabalu.

“Bertindak atas risikan, bot ronda RH 29 memeriksa sebuah tug-boat yang menunda sebuah pontoon dengan membawa muatan kira-kira 1, 100 tan pasir bernilai RM55, 000.

“Hasil pemeriksaan mendapati, juragan tug-boat gagal mengemukakan kebenaran bertulis daripada Jabatan Tanah dan Galian Sabah berkaitan muatan pasir tersebut,” katanya.

Menurut Jalaluddin, seorang juragan, lima krew warga tempatan dan seorang warga Indonesia turut ditahan untuk siasatan kes berkenaan.

Hadir sama Komander PPM Sabah ACP Mohamad Madun dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah. -UTUSAN BORNEO

Loading...

Related

Sabah 9015772989749120358

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item