satusabah

Berita Sarawak : Peragut "WANTED" akhirnya Tumpas Jua

Penduduk di sekitar Jalan Urat Mata di sini boleh menarik nafas lega selepas polis berjaya menangkap suspek paling dikehendaki dipercayai ...

Penduduk di sekitar Jalan Urat Mata di sini boleh menarik nafas lega selepas polis berjaya menangkap suspek paling dikehendaki dipercayai aktif melakukan jenayah ragut di sekitar kawasan tersebut semalam.

PORTAL SATUSABAH
Peragut paling dikehendaki Tewas
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Malihah, Matang hasil risikan pasukan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang diketuai Inspektor Lee Chee Keat.

Suspek dikatakan berjaya dikenal pasti oleh seorang penduduk di situ yang juga mangsa ragutnya di mana suspek dipercayai meragut rantai emas yang dianggarkan bernilai RM18,000 pada 6 Oktober lalu.

Hasil semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan berkenaan turut memaparkan suspek bersama dua lagi rakannya memecut laju melarikan diri dari kawasan itu.

Ekoran insiden itu, penduduk di situ telah membuat poster ‘Orang dikehendaki’ dan menggantungkannya di sepanjang jalan raya perumahan berkenaan selain menyebarkannya melalui laman sosial.

Beberapa hari selepas insiden ragut itu, dilaporkan berlaku beberapa lagi kes malah seorang wartawan turut menjadi mangsa ragut di situ.

Pihak polis juga merampas sebuah motosikal dipercayai motosikal yang digunakan suspek untuk melakukan jenayahnya. UTUSAN BORNEO

Loading...

Related

Sarawak 2244698832163957386

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item