satusabah

Berita Sarawak : Ribut di Limbang

LIMBANG: Beberapa rumah di daerah ini mengalami kerosakan manakala banyak pokok tumbang selain kerosakan harta benda awam dalam kejadian r...

LIMBANG: Beberapa rumah di daerah ini mengalami kerosakan manakala banyak pokok tumbang selain kerosakan harta benda awam dalam kejadian ribut disifatkan terburuk pernah melanda Limbang petang kelmarin.

PORTAL SATUSABAH
Ribut di limbang
Dalam kejadian ribut sekitar jam 5 petang itu, antara rumah yang terjejas termasuk tiga rumah di Kampung Bukit Kota yang mengalami kerosakan di bahagian atap selepas diterbangkan angin dalam keadaan ribut petir dan hujan lebat.

Turut terjejas ialah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Limbang, bumbung kedai bangunan lama, khemah kedai di pusat bandar, perumahan Desa Patiambun dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Limbang Bonny Martin berkata, lebih 20 panggilan diterima berhubung pokok tumbang akibat kejadian ribut itu.

Beliau berkata anggota bomba bertungkus-lumus memotong pokok tumbang di kawasan terjejas.

Bagaimanapun katanya tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Loading...

Related

Sarawak 8351984604767468274

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item