satusabah

Disangka Babi Hutan Lelaki Maut Ditembak

Disangka babi hutan, seorang lelaki terbunuh selepas dipercayai ditembak ahli keluarganya sendiri ketika sedang berburu di sebuah hutan d...

Disangka babi hutan, seorang lelaki terbunuh selepas dipercayai ditembak ahli keluarganya sendiri ketika sedang berburu di sebuah hutan di Kampung Pichin di sini, semalam.


Portal Satusabah
Menurut sumber, insiden dilaporkan berlaku ketika mangsa, Rosland Sillah, 47, bersama ahli keluarganya berburu di hutan yang digelar Bukit Binung, kira-kira empat kilometer dari kampung mereka.

Bagaimanapun, ketika sedang asyik berburu, mangsa yang berpecah dari kumpulannya dipercayai ditembak oleh seorang lelaki berusia 66 tahun kerana disangka babi hutan dalam insiden sekitar jam 10 pagi.

“Mangsa meraung kesakitan menyebabkan suspek yang menyangka dirinya telah tertembak seekor babi hutan terus pergi ke arah mangsa, namun terkejut apabila melihat mangsa berlumuran darah dengan kesan tembakan di badan.

“Dia (suspek) kemudian mendapatkan bantuan dan turut menghubungi pihak polis untuk melaporkan insiden tersebut,” kata sumber.

Beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng semasa dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, pihaknya telah merampas selaras senapang patah serta menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Loading...

Related

Sarawak 6880319267641266569

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item