satusabah

Jangan Terpedaya Pandangan Puak Ekstremis -PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis d...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis dalam perjalanan mereka untuk mencapai matlamat bersama.

PORTAL SATUSABAH
Jangan Terpedaya Pandangan Puak Ekstremis - Najib Razak
Beliau berkata, mereka perlu berupaya mengatasi segelintir pihak yang mensensasikan pandangan sempit dan berpuak, dengan memperakui dan bertegas dengan komitmen mereka terhadap satu sama lain.

"Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal kuat dan stabil bukannya segelintir pihak yang berkata sesuatu untuk memecah-belahkan kita tetapi sejumlah besar mereka yang melakukan pelbagai perkara untuk menyatukan kita," kata Najib dalam perutusan Deepavali 2014.

Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rakyat Malaysia telah membawa bersama-sama adat resam dan tradisi unik mereka untuk melengkapi struktur masyarakat dan telah bekerja keras dan melakukan pengorbanan untuk menjadikan negara berada pada tahapnya sekarang.

"Semua ini dapat dilakukan kerana semua rakyat Malaysia berkongsi aspirasi serupa untuk hidup dalam harmoni dan sejahtera dengan satu sama lain," katanya.

"Pastinya, kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat bersama kita, tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai ramuan yang sama untuk berjaya.

"Ramuan berkenaan adalah rasa cinta kepada negara Malaysia kita, rasa sayang sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, formula kejayaan Malaysia telah diperakui bukan sahaja oleh negara-negara jiran malah oleh dunia.

Manifestasi terkini dalam perkara ini, katanya adalah kejayaan besar negara yang diundi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini.

"Kejayaan kita menduduki kerusi itu membuktikan penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia, dan pendekatan sederhana kita dalam menangani cabaran dalam negara, serantau dan antarabangsa," katanya.

Mengucapkan "Deepavali Vaalthukal" (Selamat Hari Deepavali) kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu, Najib menggesa agar salam persahabatan dihulurkan kepada satu sama lain sempena perayaan ini dan sekali lagi, pastikan rakyat dan negara ini terus harmoni dan makmur.

"Tatkala kita berkongsi kegembiraan menyambut Deepavali bersama-sama, mari kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa Pesta Cahaya ini menyatukan kita untuk menuju masa depan bersama-sama dengan harapan dan impian kita.

"Saya menggesa masyarakat India untuk meneruskan kerjasama mereka dengan kerajaan berasaskan 'nambikei' (kepercayaan). Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan cahaya dan harapan sampai kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat," katanya.


Loading...

Related

Puak Eksterimis 745860721375298789

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item