satusabah

Keputusan Piala Malaysia 2014 : Kedah Berpeluang Melangkah ke Final Selepas kalahkan Pahang 3-1

Kedah Berpeluang Melangkah ke Final Selepas kalahkan Pahang 3-1 [Baddrol diasak pertahanan Pahang] SEBAGAI pasukan bukan pilihan, Keda...

PORTAL SATUSABAH
Kedah Berpeluang Melangkah ke Final Selepas kalahkan Pahang 3-1 [Baddrol diasak pertahanan Pahang]
SEBAGAI pasukan bukan pilihan, Kedah sekali lagi membuat kejutan apabila berjaya mengatasi juara bertahan kejohanan, Pahang 3-1 pada saingan separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah sebentar tadi.

Bermain di depan lebih 30,000 penyokong sendiri, Kedah memulakan permainan dengan aksi meyakinkan dengan melakukan serangan demi serangan di benteng lawan.

Percubaan skuad Helang Merah membuahkan hasil apabila pemain importnya, Namkung Woong berjaya membolosi gol lawan seawal minit ke-8, hasil hantaran Mohd. Rizal Ghazali.

Skuad Tok Gajah sekali lagi dikecewakan apabila gawang golnya dibolosi pada minit ke-48 hasil hantaran cantik Baddrol Bakhtiar yang disudahi dengan tandukan Mohd. Farhan Roslan.

Namun, pada minit-minit akhir perlawanan, gawang Helang Merah berjaya dibolosi Pahang menerusi Matias Ruben Conti.

Bagaimanapun, kegembiraan Pahang hanya seketika apabila Kedah berjaya menyumbat gol ketiga tidak lama kemudian oleh Khyril Muhymeen.

Skuad Tok Gajah turut membuat asakan namun ternyata benteng pertahanan Kedah, juara treble 2007/08 sukar ditembusi.

Kelebihan dua agregat itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kedah untuk terus menyumbat gol di tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang pada 24 Oktober ini.

Hadir menyaksikan perlawanan ialah Tengku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Kosmo! semalam melaporkan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin Tok Gajah mampu menundukkan Helang Merah meskipun pasukan lawan mempunyai kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri.

Sementara jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe mengambil sikap merendah diri dengan meramalkan Kedah bakal menerima tentangan sengit daripada Pahang.

Loading...

Related

Piala Malaysia 2014 6457921055653821326

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item