satusabah

KES BUNUH : Lelaki Warga Indonesia Disyaki Tikam Wanita di Ranau Ditahan

KES BUNUH : Lelaki Warga Indonesia Disyaki Tikam Wanita di Ranau Ditahan Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan di kawasan kebun...

KES BUNUH : Lelaki Warga Indonesia Disyaki Tikam Wanita di Ranau Ditahan

Portal Satu Sabah
Seorang lelaki warganegara Indonesia ditahan di kawasan kebun sayur Masilau, Kundasang, Ranau, kira-kira 130 kilometer dari sini, kerana disyaki membunuh seorang wanita semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semalam selepas pihak Hospital Ranau memaklumkan tentang kematian seorang wanita pada jam 5.10 petang dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

“Polis kemudian menjalankan siasatan. Kejadian berlaku di kawasan kebun sayur Masilau, Kundasang. Mangsa merupakan seorang wanita berumur 29 tahun dan warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salehhudin berkata siasatan awal polis mendapati mangsa adalah kekasih suspek dan pembunuhan dipercayai bermotifkan cemburu.– BERNAMA


Loading...

Related

Warga Asing 3545782640886454975

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item