satusabah

MH17 Terbaru : Terkini Ada Mangsa yang Ditemui Memakai Topeng Oksigen jadi Tanda Tanya

"Masa sebenar dan bila topeng tersebut dipakai oleh mangsa tidak diketahui. MH 17 Terkini :  Frans Timmermans THE HAGUE: Mayat ...

"Masa sebenar dan bila topeng tersebut dipakai oleh mangsa tidak diketahui.

Portal Satu Sabah
MH 17 Terkini : Frans Timmermans
THE HAGUE: Mayat salah seorang mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lalu ditemui dalam keadaan memakai topeng oksigen.

Penemuan yang disahkan oleh Menteri Luar Belanda, Frans Timmermans dan pendakwa raya itu menguatkan lagi kemungkinan bahawa beberapa penumpang mengetahui pesawat tersebut akan terhempas.

"Anda tahu ada beberapa mayat penumpang ditemui memakai topeng oksigen dan mempunyai masa untuk berbuat demikian," kata Timmermans dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen tempatan pada Rabu.

Pendakwa raya dari Belanda mengesahkan pada Khamis bahawa mereka sedang melakukan siasatan selepas beberapa topeng oksigen ditemui tersangkut pada leher mangsa nahas.

"Masa sebenar dan bila topeng tersebut dipakai oleh mangsa tidak diketahui.

"Institut Forensik Belanda memeriksa topeng bagi mengesan cap jari, air liur dan DNA mangsa tetapi tiada keputusan didedahkan daripada siasatan itu," kata pendakwa raya.

Loading...

Related

tragedi mh17 1807904489654891317

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item