satusabah

SANDAKAN : Wanita Hilang Ketika Berjogging Ditemui Keletihan

[Gambar Hiasan] -SANDAKAN : Wanita Hilang Ketika Berjogging Ditemui Keletihan Seorang wanita yang hilang selepas berjoging di Taman Hu...

Portal SatuSabah
[Gambar Hiasan] -SANDAKAN : Wanita Hilang Ketika Berjogging Ditemui Keletihan
Seorang wanita yang hilang selepas berjoging di Taman Hutan Hujan Sandakan ditemui dalam keadaan keletihan.
Jururawat, Ting Ling, 24, ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 12.35 awal pagi Khamis, kira-kira 3 kilometer dari taman itu selepas teman lelakinya membuat laporan berhubung kehilangannya pada pukul 7.30 malam Rabu.
Ting yang bekerja di Hospital Duchess of Kent dibawa ke ibu pejabat taman itu dan diberikan rawatan perubatan sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Dia keletihan dan menggeletar. Dia dalam keadaan baik," kata Ketua Polis Sandakan, ACP Zabidi Md Zain.
Beliau berkata, Ling dan teman lelakinya terpisah kira-kira sejam selepas mereka berjoging di denai hutam pada pukul 6 petang.
Menyedari kehilangan Ling, teman lelakinya segera melaporkan perkara itu kepada renjer taman berkenaan pada pukul 7.30 malam.
Zabidi berkata, pasukan polis yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Anjing Pengesan PDRM.
"Sebanyak enam pasukan, dengan masing-masing tujuh anggota memasuki hutan sebelum Ting dikesan di dalam hutan dengan Jalan Cecily," katanya.
Zabidi meminta supaya orang awam tidak memasuki trek hutan sekiranya mereka berjoging pada lewat petang kerana boleh menyebabkan mereka sesat dalam keadaan gelap.
MSTAR ONLINE
Loading...

Related

Wanita 6663521575563182524

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item