satusabah

Sarawak Akan Kekal Bersama Malaysia Selamanya - Adenan Satem

Adenan Satem Sarawak akan terus berada dalam Malaysia selama-lamanya dan tiada apa yang dapat mengubah keputusan yang dibuat sejak 50 ...

Adenan Satem
Adenan Satem
Sarawak akan terus berada dalam Malaysia selama-lamanya dan tiada apa yang dapat mengubah keputusan yang dibuat sejak 50 tahun lalu itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Bahkan, tegas beliau tiada dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Sarawak harus keluar dari Malaysia.

“Kita tidak dapat mencapai perlembagaan itu (keluar dari Malaysia) melainkan anda inginkan peperangan antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan anda tahu apa akibatnya.

“Maka, kita akan terus tinggal di dalam Malaysia dan hidup bersama selama-lamanya,” katanya pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Namun demikian, Adenan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk dalam menuntut hak-hak negeri yang termaktub menerusi Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun terus tinggal di dalam Malaysia, ini tidak bermakna bahawa kita akan mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Putrajaya (kerajaan pusat)… tidak, kita mesti menuntut hak-hak perlembagaan kami di negara ini.

“Perlembagaan ini menyediakan ekonomi untuk Sarawak dan kita harus menuntutnya,” katanya.

Atas sebab itu juga, Adenan bertegas serta menjamin bahawa tidak akan membenarkan UMNO bertapak di Sarawak.

“Kita telah ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di mana setiap kali pilihan raya, kita telah memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat… jadi, kenapa hendak mengubahnya.

“Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya.

Pada masa sama, Adenan berkata juga tidak mahu mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak termasuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.

“Kita lebih tahu Sarawak daripada orang lain kerana kita adalah rakyat Sarawak dan komposisi Sarawak adalah berbeza daripada Semenanjung Malaysia.

“Maka, saya tidak mahu mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak.

“Ya, memang kami akan menyokong Barisan Nasional tetapi kami akan melakukannya dengan cara sendiri,” katanya.

Loading...

Related

terkini 3437719879477572876

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item