satusabah

Subsidi getah akan ditambah jika harga menurun: Kurup

JOSEPH KURUP KENINGAU: Kerajaan Persekutuan akan menambah subsidi harga getah kepada pekebun-pekebun kecil jika harga getah terus menu...

PORTAL SATUSABAH
JOSEPH KURUP
KENINGAU: Kerajaan Persekutuan akan menambah subsidi harga getah kepada pekebun-pekebun kecil jika harga getah terus menurun dalam jangka panjang.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, tambahan subsidi harga itu telah diluluskan oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Tambahan kepada susbsidi sedia ada itu difikirkan oleh Kerajaan bagi menstabilkan pendapatan golongan pekebun kecil getah yang bergantung hasil tamanan komoditi itu” katanya semasa berucap merasmikan mini dewan Kg. Tanggulun Jaya pada Sabtu.


Walau bagaimanapun katanya, jumlah tambahan susbidi itu belum ditetapkan kerana ia bergantung pada penurunan harga getah yang semakin merundum.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pengurusan pelaksanaan subsidi tambahan itu di bawah jagaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas.

Beliau berkata, pada masa ini pekebun-pekebun kecil Sabah mendapat subsidi sebanyak 30 sen sekilogram.

“Kita berharap tambahan subsidi itu nanti dapat memulihkan pendapatan pekebun-pekebun kecil khususnya di Sabah yang menerima tekanan akibat penurunan harga getah” katanya.

Tambahnya, penurunan harga getah tidak dapat dielakkan kerana ia bergantung pada harga pasaran dunia.

Jelasnya, penurunan harga getah dalam tempoh yang panjang ini disebabkan lambakan getah dipasaran pada masa ini.

Sehubungan dengan itu Kurup meminta agar rakyat jangan terpedaya dengan cakap-cakap pembangkang yang mengait kejatuhan harga getah disebabkan kegagalan kerajaan menanganinya.

Pada majlis itu Kurup menyampaikan sumbangan bahan-bahan binaan bagi bangunan Tadika Kg. Sinulihan Baru.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin yang juga ADUN Sook, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sook Charles Ikang, Ketua Pemuda PBRS Pusat Athur Tan Sri Kurup, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan Rayner Udong dan pemimpin-pemimpin masyarakat. -SABAHTIMES

Loading...

Related

Subsidi 144975678920840896

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item