satusabah

Sungai Sarawak : Pencari Ketam MAUT Dipercayai Dilanggar Kapal

Sungai Sarawak : Pencari Ketam MAUT Dipercayai Dilanggar Kapal  KUCHING: Pencarian ketam berakhir dengan tragedi apabila bot dinaiki s...

PORTAL SATUSABAH
Sungai Sarawak : Pencari Ketam MAUT Dipercayai Dilanggar Kapal 
KUCHING: Pencarian ketam berakhir dengan tragedi apabila bot dinaiki seorang warga emas dipercayai dilanggar sebuah kapal di Sungai Sarawak.

Kehilangan Wahab Zain dari Kampung Bintawa Tengah mula disedari oleh keluarganya apabila lelaki berusia 81 tahun itu yang keluar dari rumah pada jam 4 pagi gagal balik ke rumah sekitar jam 5 petang.

Menurut anak lelaki mangsa, Osman Wahab, 46, keluarga mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada mangsa lebih-lebih lagi selepas terdengar khabar mengatakan serpihan bot ditemui di sungai, dipercayai dilanggar kapal.

“Biasanya ayah keluar jam 5 pagi dan akan balik sekitar jam 4 atau 5 petang. Tetapi semalam dia tidak balik-balik walaupun hari dah malam.

“Kami mula tak senang hati sebab orang kampung ada kata ternampak serpihan bot yang mungkin dilanggar oleh kapal lebih besar,” katanya kepada pemberita, semalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, mereka kemudian membuat laporan polis dan operasi mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dilancarkan.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula di Sungai Sarawak dan pos kawalan bomba didirikan di kawasan Baraj Sungai Sarawak bagi memudahkan usaha pemantauan.

Usaha mencari mangsa turut disertai penduduk kampung yang menggunakan bot masing-masing.

Lebih menyayat hati, bekas makanan yang belum disentuh, selain pasukan penyelamat turut menemui serpihan bot dan peralatan menangkap ketam sebelum mangsa ditemui.

Menurut Ketua Balai Tabuan Jaya Christus Buson, mangsa dipercayai sedang memasang bubu bagi menangkap ketam apabila dilanggar kapal yang tidak dapat dikenal pasti.

Mayat mangsa hanya dapat ditemui sekitar 3.30 petang oleh pekerja-pekerja tongkang yang memaklumkan kepada pihak bomba.

“Mangsa ditemui menggunakan teknik Surface Searching di kawasan belakang tongkang bot yang berlabuh di tepi sungai, hasil maklumat pekerja-pekerja tongkang,” katanya.

Mayat dibawa ke pos kawalan bomba untuk tujuan pengecaman mayat oleh ahli keluarga sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh pihak polis.

Jarak pencarian yang dilakukan adalah dalam satu kilometer dari pos kawalan bomba di baraj membabitkan pelbagai agensi.

Arahan untuk tidak membuka pintu baraj sehingga mangsa hilang dijumpai katanya, juga telah dikeluarkan.

Operasi tamat pada jam 4.47 petang semalam.

Loading...

Related

Sarawak 8222791245271013424

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item