satusabah

TERKINI ISU TANAH DI DAERAH RANAU : Penduduk Kampung Asal Kalah

KES TANAH DAERAH RANAU -  Permohonan oleh sekumpulan Orang Asal untuk menghalang sebuah syarikat daripada memiliki 449.6 hektar tanah di R...

KES TANAH DAERAH RANAU - Permohonan oleh sekumpulan Orang Asal untuk menghalang sebuah syarikat daripada memiliki 449.6 hektar tanah di Ranau telah ditolak oleh mahkamah tinggi
Portal Satusabah
TERKINI ISU TANAH DI DAERAH RANAU : Penduduk Kampung Asal Kalah

Pesuruhjaya Kehakiman Azhahari Kamal Ramli membuat keputusannya pada hari Khamis melalui persidangan talian.

Peguam Nelson Anggang yang mewakili kesemua sembilan pemohon berkata bahawa mahkamah mendapati bahawa tiada isu khusus yang dikemukakan oleh mereka dan mengesahkan bahawa geran tanah yang dikeluarkan adalah sah.

“Oleh kerana geran tanah telah dikeluarkan, ia adalah keputusan Pesuruhjaya Kehakiman bahawa NCR tidak wujud dan syarikat tersebut mempunyai hak ke atas tanah itu,” kata Anggang.

“Kami telah memfailkan saman baru untuk mencabar kesahihan geran tanah itu dan memohon pengisytiharan bahawa geran tanah tersebut adalah tidak sah dan kami juga menuntut bahawa hak NCR memang wujud,” kata Anggang.

“Kami mencabar hakikat bahawa geran tersebut tidak dikeluarkan mengikut syarat di bawah Ordinan Tanah,” beliau menambah.

Pemohon-pemohon tersebut adalah Rampado Sinti, Masuti Lungkudau, 61, Ratimin Kukunot, Jainius Soranding, 49, Jamis Lanju, 37, Kunil @ Samad Messinggi, 65, Maning Kolowiton, 52, Robert Kindongoh, 55, dan Gurai Ralawiton, 58, semuanya dari tiga buah kampung yang terjejas.

Mereka memohon supaya perintah pelaksanaan ex-parte Perintah Pemilikan bertarikh 21 Febuari tahun ini menentang Worthy Palms Sdn Bhd (responden) bagi tanah yang dipegang dibawah Geran CL di Kg Mengkapoh, Ranau ditangguh sementara menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah rayuan.

Pemohon-pemohon mendakwa bahawa geran tanah CL tersebut menjejaskan mereka kerana kampung-kampung mereka iaitu Kg Malinsau, Kg Wayan dan Kg Sinurai (tanah Mawasi) terletak di dalam tanah CL tersebut.

Dalam alasan permohonan mereka, pemohon-pemohon mendakwa bahawa orang-orang kampung telah tinggal dan memiliki tanah Mawasi sejak zaman moyang mereka lagi dan telah bercucuk tanam serta membina keperluan asas mereka, juga membuat kuburan di sana.

Pada 28 Oktober 2009 geran tanah CL tersebut diberikan kepada Ajad OT Oyong yang meninggal dunia pada 26 Mac 1995 yang diwakili oleh Zikri Ajad, pentadbir harta pusaka mendiang. Sebahagian daripada tanah yang dihuni oleh pemohon dan penduduk kampong Mawasi termasuk di dalam tanah CL tersebut.

Geran tanah CL tersebut ditukar hak milik kepada syarikat Worthy Palms Sdn Bhd pada 6 Oktober 2011 oleh Zikri.

SMS News Portal

Loading...

Related

tanah adat 3065882129593114097

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item