satusabah

Terkini Perintah Berkurung Terus Dilanjutkan sehingga 6 November 2014

PERINTAH BERKURUNG NEGERI SABAH DILANJUTKAN 22 OKTOBER 2014 - 06 NOV 2014 PERINTAH BERKURUNG NEGERI SABAH DILANJUTKAN Pesuruhjaya ...

PERINTAH BERKURUNG NEGERI SABAH DILANJUTKAN
22 OKTOBER 2014 - 06 NOV 2014
PORTAL SATUSABAH
PERINTAH BERKURUNG NEGERI SABAH DILANJUTKAN
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan dilanjutkan sehingga 6 November depan.

Katanya, pelanjutan perintah berkurung yang meliputi kawasan perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dari jam 7 malam hingga 5 pagi tu berkuatkasa hari ini.

“Saya memikirkan kawasan keselamatan di timur Sabah memerlukan perintah berkurung bagi menjamin ketenteraman dan kedaulatan.

“Keduanya, untuk kita mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta mempermudah tugas agensi-agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan perintah berkurung,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Tambahnya, sepanjang pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini, agensi keselamatan negara di kawasan ESSZone terus mendapat sokongan daripada orang awam, pelancong dan pengusaha pelancongan yang mahu perintah berkurung tersebut agar diteruskan.

Katanya, perintah berkurung tersebut tidak mejejaskan ekonomi atau mata pencarian penduduk setempat termasuk golongan nelayan.


Loading...

Related

Sabah 6040924363392559447

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item