satusabah

Tingkat sokongan KDM kepada BN harus jadi agenda utama UPKO

RANAU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) harus menjadikan agenda utamanya meningkatkan sokongan masyarakat KDM unt...

RANAU: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) harus menjadikan agenda utamanya meningkatkan sokongan masyarakat KDM untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Naib Presiden UPKO, Datuk Dr Ewon Ebin berkata, pada Pilihan Raya Umum (PRU 13) lalu telah menunjukkan bahawa sokongan dari KDM BN adalah hanya antara 37 hingga 39 peratus sahaja.

“Statistik ini menunjukkan kepada kita bahawa sokongan KDM telah berkurangan berbanding pilihan raya umum sebelumnya, dan jika tidak ditangani dengan baik, boleh membawa kepada senario yang lebih buruk bagi parti itu dalam pilihan raya akan datang.

“Setelah penilaian yang teliti, kita dapati bahawa pembangkang telah menggunakan isu-isu sensitif yang menyentuh secara mendalam di kalangan masyarakat KDM seperti isu Perlembagaan Malaysia, 20 Perkara, isu pendatang tanpa izin (PATI),isu penggunaan perkataan Allah, penyitaan Alkitab yang berlaku di Selangor dan lain-lain.

“Bagi mencapai matlamat itu, saya menyeru kepada semua anggota parti untuk menjadikannya tugas serta tanggungjawab untuk menjelaskan semua isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kepada rakyat kita supaya mereka tidak akan keliru pada pilihan raya akan datang, “katanya.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau dan Ketua UPKO Ranau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen UPKO Ranau 2014 di Dewan Masyarakat Daerah pada Sabtu.

Sementara itu beliau berkata, ahli UPKO harus kembali bersatu dengan mengelakkan apa juga bentuk perpecahan yang berlaku dalam parti, tanpa mengira pangkat dan peringkat disamping mengeratkan lagi hubungan baik serta toleransi yang sedia terjalin di kalangan parti-parti Komponen Barisan Nasional.

“Kita semua sedar bahawa berlakunya sedikit perpecahan semasa pemilihan parti pada tahun lalu di kalangan kepimpinan parti dan ianya harus diketepikan dan kembali bersatu untuk menghadapi agenda utama parti,” katanya.

Turut hadir ialah Naib Ketua UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Paginatan, Datuk Siringan Gubat, Ketua Pemuda Upko, Arthur Sen, Setiausaha Politik Siringan merangkap Pengerusi Penganjur,James Ingguru,Ketua Pemuda UPKO Ranau,Hisyamuddin Harun dan Setiausaha Politik Ewon Ebin,Japirin Sahadi. -sabahtimes

Loading...

Related

UPKO 279137021284352455

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item