satusabah

Warga Itali, William Bocchi Dipercayai Ke Selatan Filipina

William Bocchi Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Itali memasuki episod baharu apabila beliau dipercayai menuju ke banda...

William Bocchi
Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Itali memasuki episod baharu apabila beliau dipercayai menuju ke bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina dengan menaiki feri.

William Bocchi dipercayai menaiki feri Danica Joy dari Sandakan pada 14 Oktober lalu untuk lawatan semalaman ke Zamboanga.

Bagaimanapun, sumber berkata mereka tidak boleh memastikan dengan segera jenis pasport yang digunakan lelaki berusia 52 tahun itu 'sekiranya beliau meninggalkan negeri Sabah'.

Pihak berkuasa sedang cuba untuk mengesan pergerakan Bocchi sejak beliau dilaporkan meninggalkan sebuah hotel di Sandakan pada 14 Oktober lalu.

Bocchi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2 ) di Sepang pada 12 Oktober lalu dan berlepas ke Kota Kinabalu pada keesokan harinya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu.

Ahli perniagaan di Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio. -MSTAR ONLINE

Loading...

Related

Warga Itali 5557982967424727338

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item