satusabah

Abang disangka Tidur di Tandas, Meninggal Dunia

SIBU: Abang yang disangka tertidur oleh adiknya rupa-rupanya meninggal dunia dalam tandas di rumah ibunya di Jalan Kampung Hilir di sini, ...

SIBU: Abang yang disangka tertidur oleh adiknya rupa-rupanya meninggal dunia dalam tandas di rumah ibunya di Jalan Kampung Hilir di sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Bujang Edi, 49, pada mula disangka tertidur di dalam tandas oleh adiknya, Railie, 29, sekitar jam 7 pagi semalam.

“Pagi tadi (semalam) semasa mahu menggunakan tandas, saya dapati pintu tandas berkunci dari dalam. Saya bertanya siapa di dalam, tiada yang menjawab. Risau keadaan itu, saya memanjat pintu tandas dan mendapati abang sedang tertidur,” kata Railie.

Menurut Railie, dia tidak mengejutkan abangnya kerana memikirkan dia tertidur, sebaliknya menggunakan tandas sebelah.

Selepas itu, Railie tidur semula tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pada jam 12 tengah hari, Railie sekali lagi pergi ke tandas, namun mendapati abangnya masih belum keluar.

Hairan keadaan itu, dia sekali lagi memanjat pintu tandas dan cuba mengejutkan abangnya tetapi dia sudah kaku dan tidak bernyawa.

Pihak ambulans dimaklumkan tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Menurut Railee, abangnya mempunyai tiga anak lelaki berumur antara 11 dan 18 tahun dan mereka tinggal bersama bekas isterinya di Sarikei.

Katanya, abangnya yang baharu bekerja empat bulan lalu dengan sebuah syarikat subkontraktor telekomunikasi di sini tidak menunjukkan seberang kelakuan aneh.

“Abang saya anak kedua daripada 12 adik-beradik. Dia gemar meluangkan masa mengait buaian selepas pulang kerja,” kata Railie.

Polis yang turut melakukan siasatan di tempat kejadian, kemudiannya membawa mayat ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Siasatan awal polis mendapati kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Loading...

Related

Sarawak 8794532599649331051

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item