satusabah

"AHLI SIHIR DIPANAH DAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

Tahehyi (Paraguay): Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini, selepas dituduh mengamalkan sih...

Tahehyi (Paraguay): Seorang wanita diikat pada sebatang kayu, dipanah sebelum dibakar hidup-hidup di sini, selepas dituduh mengamalkan sihir.

Wanita masyarakat orang asli itu, Adolfina Ocampos, 45, dibunuh anggota etnik Mbya Guarani selepas ketua suku kaum itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Walaupun tarikh pembunuhan itu tidak jelas, ia berlaku di Tahehyi, 280 kilometer ke utara Asuncion, ibu negara Paraguay.

Pendakwa raya tempatan Fany Aguilera mendakwa sembilan lelaki penduduk kampung berkenaan atas tuduhan membunuh dan mereka mengaku membunuh wanita terbabit.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan puluhan orang di seluruh dunia dibunuh kerana dituduh mengamalkan sihir setiap tahun. - Agensi



Loading...

Related

Global 7169798062307483429

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item