satusabah

ANAK "SWING" BAPA GARA-GARA PERTARUHAN RM20 PIALA MALAYSIA

ANAK "SWING" BAPA GARA-GARA PERTARUHAN RM20 PIALA MALAYSIA Empat orang termasuk tiga beranak bergaduh gara-gara bertaruh keput...

ANAK "SWING" BAPA GARA-GARA PERTARUHAN RM20 PIALA MALAYSIA

Empat orang termasuk tiga beranak bergaduh gara-gara bertaruh keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT-Pahang.


SIBU: Empat orang termasuk tiga beranak bergaduh gara-gara bertaruh keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang, malam kelmarin.

Pergaduhan dipercayai tercetus membabitkan wang pertaruhan sebanyak RM20.

Sebelum kejadian itu, pasangan suami isteri bersama tiga anaknya termasuk seorang rakan suami sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak sekitar jam 11 malam di rumah sewa mereka di Jalan Lanang di sini.

Salah seorang anak berusia 16 tahun dikatakan bertaruh keputusan perlawanan tersebut dengan bapanya dan rakan bapanya.

Semasa pertaruhan itu, keputusan perlawanan dikatakan memihak kepada anaknya dan dia dikatakan meminta RM20 daripada mereka (ayah dan rakan ayahnya) setelah kalah pertaruhan terbabit.

Apabila permintaannya tidak dipenuhi, si anak itu dikatakan telah bertindak kasar dengan mencederakan bapanya dan rakan bapanya.

Ayahnya difahamkan cedera di bahagian kening manakala rakan bapanya cedera di mata.

Si bapa dan seorang lagi anak lelakinya berusia 24 tahun yang berang dengan tindakan anaknya itu, difahamkan bertindak membalas perbuatan anaknya.

Bapanya yang marah dengan perbuatan anaknya itu dikatakan mengambil pisau dari dapur lalu menikam anaknya sehingga cedera di bahagian perut.

Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan dan menahan keempat-empat suspek bagi membantu siasatan.

Menurut polis, empat suspek kini diletakkan di bawah tahanan reman selama tiga hari bermula semalam.


Loading...

Related

Sarawak 2810006982883405660

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item