satusabah

BERITA SARAWAK : BOT NELAYAN BERKECAI SELEPAS BATERINYA MELETUP !

MUKAH: Sebuah bot nelayan berkecai selepas baterinya tiba-tiba meletup di kedudukan 12 batu nautika dari muara Sungai Mukah di sini sema...

PORTAL SATUSABAH
MUKAH: Sebuah bot nelayan berkecai selepas baterinya tiba-tiba meletup di kedudukan 12 batu nautika dari muara Sungai Mukah di sini semalam menyebabkan tiga penyelam dari Jabatan Perikanan Sarawak cedera parah.

Menurut sumber, ketiga-tiga mangsa bersama dua lagi rakan mereka menaiki bot tersebut untuk melakukan tinjauan tukun di dasar laut dan bergerak dari pangkalan di tebingan Mukah pada kira-kira jam 7 pagi semalam.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9 pagi, berlaku letupan kuat dipercayai berpunca daripada kerosakan bateri yang turut menyebabkan tangki minyak bot tersebut meletup dan kesemua penumpangnya tercampak dari atas bot.

Difahamkan, mangsa Azman Osman, 45, mengalami patah kaki dan cedera di dada, manakala Wan Morni Wan Ibrahim, 52, dan Iskandar Ismail, 37, parah dipercayai terkena percikan api.

Jurumudi yang juga pemilik bot berkenaan, Mohd Airul memberitahu kejadian berlaku amat pantas dan mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

“Tiba-tiba sahaja ia meletup dan ketika itu, saya sempat melihat seorang daripada penyelam terpelanting lebih lima meter dari bot dan jatuh ke dalam lautan.

“Manakala, dua penyelam lain turut terjatuh membuatkan saya dan dua lagi rakan mereka yang duduk di bahagian hadapan bot terjun untuk menyelamatkan mereka dan menyelamatkan diri sebelum bot kami terbakar,” kata Airul yang ditemui pemberita di Hospital Mukah.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh dua bot iaitu sebuah bot nelayan dan sebuah lagi bot milik Jabatan Perikanan Sarawak yang kebetulan berada berdekatan tempat kejadian.

“Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke muara Sungai Mukah dan dihantar ke Hospital Mukah oleh anggota paramedik yang tiba di situ sebaik menerima laporan berhubung kejadian,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, ketiga-tiga penyelam itu masih menerima rawatan di hospital berkenaan, manakala jurumudi bot yang turut mengalami kecederaan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Loading...

Related

Sarawak 5553014917902934625

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item