satusabah

BERITA SARAWAK ‘Pub malam’ tepi jalan tawar khidmat gadis, arak

Jika siang hari, keadaannya tidak ubah seperti gerai menjual makanan yang dipanggang atau gerai menggoreng cucur pisang dan menjual makana...

Jika siang hari, keadaannya tidak ubah seperti gerai menjual makanan yang dipanggang atau gerai menggoreng cucur pisang dan menjual makanan ringan di tepi jalan di kawasan perindustrian Kuala Baram dekat sini.

SMS NEWS PORTAL
Cuma yang pelik, deretan gerai yang diperbuat daripada papan dan zink itu tidak beroperasi pada sebelah siang.

Yang kelihatan hanyalah timbunan kerusi plastik dengan tong yang diubah suai untuk dijadikan tempat memanggang.

Namun, keadaan itu sengaja diwujudkan sebagai taktik mengaburi fungsi sebenar tempat tersebut.

Apabila senja menjelang, aktiviti memanggang bermula, malah semakin rancak kerana pelanggan semakin ramai yang datang.

Mereka datang bukan hanya untuk membeli makanan panggang seperti sayap ayam, tetapi mengunjungi apa yang ditawarkan di gerai itu.

Hakikatnya, pondok yang dibina menyerupai deretan gerai kayu beratap zink itu berfungsi sebagai kelab malam atau digelar pengunjungnya sebagai ‘pub malam.’

Ia menjadi pusat hiburan menyediakan karaoke dan menjual minuman keras seperti arak dan bir, khas untuk pekerja di kawasan perindustrian tersebut.

Bukan sebuah atau dua, malah ‘pub malam’ itu semakin mendapat sambutan dalam kalangan pekerja kawasan perindustrian berkenaan yang majoritinya warga asing terutama Indonesia dan Bangladesh.

Ia kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, beroperasi di tepi jalan sekitar kawasan perindustrian itu.

Penduduk setempat yang kian dicengkam kebimbangan berkata, jika pihak berkuasa tidak mengawal situasi itu, ia dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutama generasi muda.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chah, 47, mendedahkan gerai karaoke ini bukan sahaja menjual bir dan arak, tetapi juga turut menyediakan gadis pelayan yang menarik pengunjung untuk masuk ke ‘pub malam’ masing-masing.

“Saya bimbang kerana bilangan gerai ini yang beroperasi dengan muzik dan peralatan karaoke semakin meningkat menyebabkan banyak aktiviti negatif berlaku di sini,” ujar beliau kepada Utusan Borneo ketika ditemui semalam.

Menurut Chah, ‘pub malam’ tersebut dilihat operasi seawal jam 4 petang dan berlarutan hingga tengah malam, malah kadang-kadang hingga jam 1 pagi.

Beliau berkata, setakat ini Majlis Bandaraya Miri(MBM) dan pihak polis atau pihak berkuasa berkaitan masih belum mengambil tindakan terhadap pengendali ‘pub malam’ yang beroperasi secara haram.

Apa yang lebih mengecewakan, kewujudan deretan gerai berkenaan kadang-kadang menyebabkan masalah kewangan kepada pekerja yang suka menghabiskan wang gaji berhibur dan minum arak.

Chah berkata, pada masa ini terdapat kira-kira empat hingga lima ‘pub malam’ di situ dengan beberapa buah lagi sedang dalam pembinaan.

Berkongsi pandangan yang sama, seorang pekerja Indonesia yang enggan mendedahkan namanya memberitahu terdapat kes pembunuhan berlaku di salah sebuah gerai berkenaan pada tahun lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku semasa aktiviti minum arak yang menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan sehingga ada yang terbunuh.

“Saya berharap pihak berkuasa boleh menghentikan operasi haram ini daripada berterusan terutama menjual minuman keras,” jelasnya.


Loading...

Related

Sarawak 5730458959779266531

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item