satusabah

KES ROMPAKAN BERSENJATA SELESAI

Kes rompakan bersenjata secara berkumpulan di empat premis refleksologi di sini dianggap selesai dengan penangkapan lima pemuda, termasuk ...

Kes rompakan bersenjata secara berkumpulan di empat premis refleksologi di sini dianggap selesai dengan penangkapan lima pemuda, termasuk seorang daripada mereka yang mempunyai rekod jenayah.

Portal Satu Sabah
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz yang mengesahkan insiden itu berkata, kesemua lima suspek berumur dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun itu kini ditahan reman bermula kelmarin hingga 30 November ini untuk membantu siasatan.

Tangkapan itu dibuat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching sekitar jam 12.30 petang hingga lima petang kelmarin di beberapa lokasi berlainan seperti Jalan Bunga Raya di Satok, kawasan Kampung Gita dan Kampung Rampangi.

“Dengan tangkapan ini, empat kes samun seperti di atas dapat diselesaikan.

“Semakan turut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod curi kenderaan,” katanya dalam  satu kenyataan yang dikirimkan kepada pemberita, semalam.

Dalam tangkapan itu katanya, polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan dalam empat kes samun tersebut.

Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat berhubung kes yang berlaku dalam tempoh 2 hingga 16 November lalu, sekitar jam 10 malam hingga 4 pagi.

Anggaran kerugian adalah wang tunai RM2,000, tiga telefon bimbit dan seutas rantai namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

SUDAH MENDENGAR LAGU JOGET SO SWEET NI?


Loading...

Related

Sarawak 896457076643829453

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item