satusabah

KES TEMBAKAN PENAMPANG : SAH MILITAN SULU

KES TEMBAKAN PENAMPANG : SAH MILITAN SULU KOTA KINABALU: Polis mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang Baru pada 30...

KES TEMBAKAN PENAMPANG : SAH MILITAN SULU

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang Baru pada 30 Oktober lalu adalah ahli tentera kesultanan Sulu dan kumpulan penculik bermodus operandi Kidnaped For Ransoms  (KFR)  atau culik untuk wang di Selatan Filipina.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman, salah seorang daripada suspek terbabit juga didapati mengetuai sebuah kumpulan penjenayah yang berpangkalan di Semporna dan Lahad Datu sebelum ini.

Beliau berkata, dua suspek yang berasal dari Filipina itu telah menggunakan dokumen pengenalan palsu dan menjalankan aktiviti samun serta rompak bagi mendapatkan dana untuk memperkuatkan kumpulan mereka di selatan negara berkenaan.

“Dalam kejadian di Penampang Baru tempoh hari, kita mengesahkan kedua-dua suspek memang berniat untuk melakukan samun dengan menyasarkan antara dua atau tiga lokasi di sini.

“Hasil siasatan kita mendapati mereka mempunyai rangkaian dengan kumpulan penculik yang bermodus operandi KFR, penjenayah di Selatan Filipina termasuklah tentera kesultanan Sulu.

“Kita turut difahamkan salah seorang daripada suspek yang ditembak mati ini merupakan ketua kepada kumpulan penjenayah yang berpangkalan di Semporna dan Lahad Datu di mana sebenarnya mereka ini banyak kumpulan dan kebanyakannya beroperasi di Selatan Filipina,” katanya.

Jalaluddin berkata, suspek terbabit juga disahkan oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebagai buruan utama termasuk mempunyai kaitan dengan lima penjenayah rentas sempadan yang dikenali sebagai Badong Muktadir, Nikson Muktadir, Bocai @Komander Black dan Alex sebelum ini.

“Mengikut siasatan dan maklumat kita, mereka ini sememangnya menjalankan rompakan atau samun bagi mengumpul dana menguatkan kumpulan mereka di Selatan Filipina.

“Siasatan terperinci juga masih giat dijalankan bagi mengesan suspek lain di mana kita jangkakan lebih banyak tangkapan lagi di masa hadapan di seluruh Sabah terutamanya di kawasan Semporna dan Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan dekat sini kelmarin.

Terdahulu dalam insiden mengejutkan pada Khamis lalu di Penampang Baru, dua suspek masing-masing berusia 42 dan 50 tahun berjaya ditembak mati dalam pacuan empat roda dinaiki mereka oleh sepasukan anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK).

Turut ditemui dalam kenderaan berkenaan adalah sepucuk pistol jenis Browning dan dua kelongsong peluru yang dipercayai dimiliki oleh mereka bagi menjalankan aktiviti samun di situ.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah didapati terlibat dengan tiga kes rompakan bersenjata di sekitar ibu negeri termasuk di Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dengan membabitkan kerugian lebih RM1 juta.


Loading...

Related

Sabah 3366555772161297650

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item