satusabah

MANGSA KERUGIAN RM50 000 AKIBAT TERUJA TERIMA BR1M

MIRI: Gara-gara teruja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM50,000 seorang mekanik sebaliknya kerugian RM50,000 setel...

MIRI: Gara-gara teruja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM50,000 seorang mekanik sebaliknya kerugian RM50,000 setelah ditipu dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sini pagi kelmarin.

Berikutan itu, mangsa berusia 66 tahun dari Jalan Bakam di sini membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

PORTAL SATU SABAH
Menurut sumber, sekitar jam 9 pagi kelmarin semasa berada di hospital mangsa didatangi seorang lelaki Cina memberitahunya ingin memberi BRIM berjumlah RM650 kepadanya.

Lelaki itu kemudian menyuruh mangsa mengisi borang di dalam keretanya jenis Toyota berwarna hijau.

Setelah itu, datang seorang lagi lelaki Cina memberitahu BR1M berjumlah RM50,000 hendak diberikan kepada mangsa dengan syarat mangsa perlu memberikan deposit sejumlah sama.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah bank di kawasan pusat bandar untuk mengeluarkan wang sejumlah RM50,000 dan setelah pengeluaran dilakukan wang tersebut diserahkan kepada dua lelaki terbabit.

Sejurus itu, mangsa dibawa ke sebuah lagi bank di kawasan Pusat Komersil Centre Point untuk mendepositkan wang tersebut.

Setelah mendapati dirinya ditinggalkan di kawasan itu baharu mangsa menyedari bahawa dia telah ditipu.


Loading...

Related

Sarawak 6796336394216987047

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item