satusabah

OPS GASAK 31 : ESSCOM ROBOH RUMAH PENYELUDUP DI MEROTAI, TAWAU

LAHAD DATU: Ops Gasak ke-31 yang diselaraskan oleh pihak Kawasan Keselamatan KhaS Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyaksikan perobohan 31 bua...

LAHAD DATU: Ops Gasak ke-31 yang diselaraskan oleh pihak Kawasan Keselamatan KhaS Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyaksikan perobohan 31 buah rumah penempatan haram yang dipercayai menjadi “sarang” penyeludup di Kampung Jelutung Sg Udin, Merotai di Tawau, Ahad lepas.

PORTAL SATUSABAH
BERITA SABAH : OPS GASAK ESSCOM ROBOHKAN RUMAH
Komander ESSCOM DCP Dato’ Abdul Rashid Harun berkata operasi yang disertai pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasa itu merupakan sebahagian daripada usaha bersepadu ESSCOM bagi membanteras aktiviti penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

“Selain itu, sembilan rumah di penempatan tersebut dikeluarkan notis roboh oleh Majlis Perbandaran Tawau dan Jabatan Perhutanan Sabah cawangan Tawau dalam tempoh dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata seramai 101 orang diperiksa dalam operasi berkenaan, dan daripada jumlah itu, 10 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata bahagian penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut merampas pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi termasuk gula dan tepung dalam operasi yang bermula dari 3 pagi dan berakhir kira-kira 12.45 tengahari itu.

Abdul Rashid berkata operasi itu merupakan tindakan pantas ESSCOM berikutan hasil maklum balas orang ramai dalam program Semarak Bersama ESSCOM di Desa Wawasan Merotai minggu lepas.

“Selain operasi khas ini, ESSCOM sedang melaksanakan operasi tertentu khususnya di kawasan yang menjadi laluan penyeludup masuk ke negara ini,” katanya.

ESSCOM diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSCOM distruktur semula pada 8 Julai tahun ini bagi memantapkan lagi keberkesanan fungsinya dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di ESSZONE.

Penstrukturan semula itu menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam. -BERNAMA

APLIKASI BARU DI HONGKONG PALING VIRAL SEKARANG !! SUDAH TAU?


Loading...

Related

Sabah 8370908884811268041

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item