satusabah

PADAH TERMINUM AIR BATERI

"kerongkongnya kepanasan selepas terminum air bateri yang disangkanya air minuman." Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, seora...

Portal SatuSabah

"kerongkongnya kepanasan selepas terminum air bateri yang disangkanya air minuman."

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, seorang pekerja lelaki warga Indonesia digegaskan ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis selepas terminum air bateri.

Mangsa yang berusia 43 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Sungai Bidut mengadu kerongkongnya kepanasan selepas terminum air bateri yang disangkanya air minuman.

Mangsa dihantar ke sebuah klinik kesihatan di Tanjung Manis selepas mengadu terminum air berkenaan.

Selepas diberi rawatan, mangsa dirujuk ke Hospital Sibu jam 11.30 pagi untuk mendapat rawatan lanjut.

Nasib baik kuantiti air bateri diminumnya hanya sedikit dan tidak mengancam nyawanya.

Mangsa kemudian dimasukkan ke wad dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berumur 62 tahun meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika menjaga isterinya yang berada di Wad Wanita Hospital Sibu di sini Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 4 pagi, apabila lelaki tersebut mengadu sesak nafas dan sukar untuk bernafas kepada kakitangan di wad berkenaan.

Melihat keadaan lelaki itu mencemaskan, dia terus dibawa ke unit kecemasan oleh kakitangan hospital untuk mendapat rawatan.

Namun, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa menerima rawatan di unit kecemasan.

Punca kematian mangsa tidak dapat dikenal pasti namun mangsa mempunyai sejarah sakit lemah jantung dan angin ahmar (strok).


Loading...

Related

Sarawak 9109046306194691347

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item