satusabah

Pelajar Dibelasah Depan Sekolah Terima Tujuh jahitan, Lebam Mata Kiri

SIBU: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua lebam mata kiri dan menerima tujuh jahitan di kepala selepas dilanyak seorang lelaki di hadapan...

SIBU: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua lebam mata kiri dan menerima tujuh jahitan di kepala selepas dilanyak seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Portal Berita Satu Sabah
Mangsa, 14, dipercayai ditumbuk dan dipijak-pijak tanpa belas kasihan oleh lelaki terbabit sehingga pengsan di hadapan beberapa pelajar lain sekitar jam 6.40 petang.

Terdahulu, mangsa sedang menunggu abangnya untuk menjemputnya apabila seorang pelajar lelaki tingkatan satu dipercayai mengejek mangsa di perhentian bas berdekatan sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada apa-apa berlaku sehinggalah pakcik pelajar tingkatan satu itu datang dan masuk campur.

“Saya dipanggil oleh bapa saudara pelajar tingkatan satu itu menyeberangi jalan raya dan saya terus dibelasahnya sehingga tidak sedarkan diri,” kata mangsa ketika ditemui di Balai Polis Sentral di sini, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berlumuran darah di kepala dan lebam matanya akibat dibelasah lelaki terbabit dipercayai berumur lewat 20-an.

Menurutnya, dia hanya sedar kembali beberapa minit kemudian ketika dibantu pihak sekolah yang menghantarnya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sibu.

Mangsa menerima tujuh jahitan di tepi kanan kepalanya.

Menurut mangsa, dia percaya pelajar tingkatan satu tersebut mengadu sesuatu menyebabkan bapa saudaranya bertindak membelasahnya.

Sementara itu, bapa mangsa yang merupakan seorang guru sekolah menengah bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini selepas kejadian pada jam 8.40 malam kelmarin.

Bertindak daripada maklumat, polis menjejaki suspek untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 kerana sengaja menyebabkan kecederaan. -UTUSAN BORNEO

Loading...

Related

Sarawak 8555412015540311879

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item