satusabah

PEROMPAK AMBIL KESEMPATAN CIUM MANGSA SEBELUM ROMPAK

KUCHING: Seorang wanita warga China yang bekerja di sebuah pusat refleksologi, di Jalan Petanak di sini sempat dicium sebelum dirompak sek...

KUCHING: Seorang wanita warga China yang bekerja di sebuah pusat refleksologi, di Jalan Petanak di sini sempat dicium sebelum dirompak sekumpulan lelaki kelmarin. Difahamkan, seramai empat lelaki berkunjung ke premis itu sekitar jam 11 malam dan berpura-pura bertanyakan mengenai perkhidmatan yang disediakan di situ.

Ketika itu, seorang wanita warga Filipina yang bekerja di kaunter premis tidak mengesyaki apa-apa, terus melayan keempat-empat lelaki tersebut sebelum memanggil empat lagi rakan sekerjanya.

“Seorang daripada suspek kemudian mengikut wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut itu meninjau dalam premis sebelum dia dikatakan tiba-tiba mengacukan pisau ke leher wanita terbabit.

“Dalam situasi tegang, suspek sempat mencium pipi mangsa sebelum mengambil wang tunai RM1,200 dari beg mangsa dan mengugut mencederakan mangsa sekiranya cuba melawan.

“Tiga lagi suspek turut melakukan perkara sama apa-bila seorang telah mengambil wang tunai RM1,000 dari kaunter, manakala seorang lagi merampas dua telefon bimbit pekerja di situ,” kata sumber.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, semua suspek dipercayai Bumiputera itu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna putih.

Mangsa ditemani majikannya kemudian tampil membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis berhampiran dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan sepasang kekasih membuat laporan polis mendakwa dirompak sekumpulan lelaki ketika bersiar-siar di Taman Sahabat, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, pasangan tersebut dikatakan didatangi empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva di mana mereka terus bertindak memukul mangsa menggunakan objek keras.

Insiden tersebut menyebabkan pasangan kekasih itu pengsan dan peluang itu digunakan suspek mengambil kesemua barang berharga milik mereka termasuk dokumen peribadi dan wang tunai sebelum melarikan diri.

Sebaik tersedar daripada pengsan, pasangan terbabit terus ke balai polis berham-piran untuk membuat laporan berhubung kejadian dan sia-satan lanjut pihak polis masih dijalankan.


Loading...

Related

Sarawak 339751532920336517

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item