satusabah

Projek Tertangguh : Kos 176 Juta Bangunkan Penjara Lahad Datu

KOTA KINABALU: Selepas lama tertangguh, akhirnya pembinaan bangunan Penjara Lahad Datu yang melibatkan kos sebanyak RM176 juta dijangka ak...

KOTA KINABALU: Selepas lama tertangguh, akhirnya pembinaan bangunan Penjara Lahad Datu yang melibatkan kos sebanyak RM176 juta dijangka akan bermula akhir tahun ini.

sms news portal
Pengarah Penjara Negeri Sabah Ab Basir Mohamad berkata, buat masa ini Jabatan Penjara Negeri masih dalam peringkat rundingan harga dengan kementerian berkaitan bagi melaksanakan pembinaan penjara terbabit.

Bagaimanapun, penjara yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang banduan itu telah dipersetujui untuk dibina di tanah seluas 75 ekar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Penjara Malaysia ke-224 di Pusat Penjara Kota Kinabalu, di sini kelmarin.

Menurutnya, memandangkan visi Jabatan Penjara Malaysia adalah untuk menjadi institusi pemulihan bertaraf dunia menjelang tahun 2020, mereka akan meneruskan usaha menurunkan kadar kemasukan banduan berulang ke penjara (residivis).

Katanya, pada tahun ini daripada jumlah keseluruhan penghuni penjara di seluruh negara, hanya lapan peratus daripada mereka adalah banduan berulang. Berbanding tahun sebelumnya, kemasukan banduan berulang yang direkodkan adalah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di Malaysia.

Bagaimanapun, Basir tidak menyatakan jumlah penghuni penjara yang terdapat di Malaysia.

Beliau berkata, penurunan kemasukan banduan berulang itu jelas membuktikan bahawa aktiviti pemulihan yang dilakukan telah berjaya.

Ditanya mengenai jumlah penghuni penjara di Sabah, beliau berkata setakat ini terdapat seramai 6,600 penghuni yang kini berada dalam penjara di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, 45 peratus daripadanya adalah banduan warga tempatan, selebihnya 55 peratus adalah banduan asing yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain.

Ketika ditanya mengenai penghuni penjara yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata untuk tahun ini seramai 10 penghuni dari Sekolah Intergriti Kota Kinabalu (SIKK) dan lapan penghuni Sekolah Henry Gurney Wanita menduduki SPM.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Sri Zulkifli Omar dalam ucapan perasmiannya berkata, Jabatan Penjara telah merentasi era transformasi untuk membawa perubahan dalam sistem pemulihan insan.

Ia termasuklah melakukan program pemulihan banduan di luar penjara melalui Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib, Program Pemulihan Pemasyarakatan, Rumah Perantaraan dan Pembebasan Berlesen.

Melalui program pemulihan di luar penjara yang dimulakan sejak 2008 ini, ia melibatkan seramai 18,000 banduan.

Sambutan yang bertemakan ‘Transformasi Berjaya Masyarakat Sejahtera’ itu memperlihatkan seramai 239 pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Negeri Sabah menerima pingat di atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun ini.

Turut diadakan sempena sambutan itu adalah aktiviti kemasyarakatan seperti pertandingan sukan dan kempen derma darah.


Loading...

Related

Sabah 3689114399387679055

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item