satusabah

REMAJA DISAMBAR PETIR KETIKA DENGAR LAGU MELALUI TELEFON BIMBIT

REMAJA DISAMBAR PETIR KETIKA DENGAR LAGU MELALUI TELEFON BIMBIT Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar ...

REMAJA DISAMBAR PETIR KETIKA DENGAR LAGU MELALUI TELEFON BIMBIT


Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin.

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, di sini, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang.

Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit.

"Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya.

HMETRO



Loading...

Related

Sarawak 7651799478040975446

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item