satusabah

SANDAKAN : Lelaki Tempatan Dihukum 15 Tahun Penjara, 9 Rotan

Suspek cuba mengugut pengadu dengan menunjukkan lastik supaya tidak melihat nombor pendaftaran motosikal mereka. Mahkamah Sesyen Sandaka...

Suspek cuba mengugut pengadu dengan menunjukkan lastik supaya tidak melihat nombor pendaftaran motosikal mereka.

Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan terhadap seorang lelaki tempatan, Mohd Yasir Amit didakwa atas pertuduhan melakukan tiga kesalahan samun berkumpulan di lokasi dan tarikh berbeza di bandar ini.

Portal Satu Sabah
BERITA SABAH TERKINI.. Warga tempatan Dihukum 15 Tahun Penjara 9 Sebatan
Pertuduhan Pertama,  dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan tiga kali sebatan. Dia Didakwa terlibat dalam kes rompak. Pengadu mengatakan pada 3 Oktober 2014 jam 1 petang di Jalan Sibuga berhampiran dengan stesen minyak telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal sewaktu dia ingin berjumpa rakannya. Pembonceng menumbuk pengadu lalu mengambil beg sandangnya yang mengandungi Mykad, satu telefon bimbit Samsung Note 1, kunci rumah serta wang tunai RM11. Mangsa berusia 15 tahun. 

Remaja tersebut mengalami luka di tangan kanan dan kaki kiri kerana jatuh semasa mereka menarik beg sandangnya. Anggaran kerugian sebanyak RM1,000. Hasil siasatan mendapati bahawa kejadian rompakan ini dilakukan tertuduh bersama-sama seorang lagi rakan sejenayah yang masih bebas.

Dalam pertuduhan seterusnya, tertuduh juga dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan sebab didakwa terlibat dengan kes samun seperti yang dilaporkan pada 16 Oktober bertempat di hadapan kedai sebuah buku di Bandar Indah, Batu 4.

Menurut fakta kes, seorang pengadu menunggu kedai di buka lalu didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dengan menaiki motosikal Honda EX5 warna putih. Penunggang motosikal tadi bertanya kepada pengadu yang berusia 19 tahun sekiranya mempunyai kredit telefon atas alasan mahu menghubungi isterinya.

Namun begitu, pengadu diacukan sebilah pisau di bahagian pinggangnya selepas lelaki itu mahu menukar wang RM20 dan pengadu menjawab tiada wang. Suspek cuba mengugut pengadu dengan menunjukkan lastik supaya tidak melihat nombor pendaftaran motosikal mereka.

Sebahagian barang kes turut dirampas pihak polis di rumah tertuduh di sebuah perkampungan di sini semasa pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan menunjukkan tertuduh bersama seorang rakan sejenayah yang masih bebas terlibat dalam melakukan kes samun itu. Rampasan barang kes seperti sebahagian tali jam tangan warna hitam dan seunit telefon bimbit turut dicam pengadu adalah miliknya.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Kesalahan yang lain, tertuduh juga dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan selepas terlibat dengan satu lagi kes samun di hadapan sebuah kedai Taman Anggerik, Jalan Sibuga, dekat bandar ini.

Keterangan kes menyatakan kejadian berlaku pada 19 Ogos jam 3.05 petang apabila seorang pengadu yang menunggu suaminya tiba-tiba didatangi tiga orang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah kenderaaa Perodua Kancil.

Salah seorang dari mereka yang duduk sebelah pemandu telah bertindak menumbuk leher pengadu yang berusia 30 tahun sebanyak sekali sambil menarik beg tangannya yang mengandungi Mykad, beberapa kad ATM dan wang tunai RM180.

Lelaki itu berjaya merampas beg tangan pengadu yang kemudiannya melarikan diri ke Batu 8. Pengadu mengalami kesakitan di leher akibat kejadian tersebut.

Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh bersama dua orang rakan sejenayah yang masih bebas melakukan kes samun ini.

Pada 19 Oktober jam 3 petang, tertuduh membawa kereta kancil bersama dua rakannya tadi sampai di kawasan Taman Anggerik. Seorang rakan tertuduh, mengarahkannya supaya mendekati pengadu dan berhenti.

Lalu rakannya keluar dari kereta dan menumbuk leher pengadu sambil menarik beg tangan pengadu, kemudian masuk ke dalam kereta.

Tertuduh kemudiannya memandu kereta tadi ke arah Batu 8 dan pulang ke kampungnya. Dalam perjalanan, salah seorang rakannya memeriksa kandungan dalam beg tangan dan memberi RM100 kepada tertuduh manakala barangan lain dibuang di kawasan semak tepi jalan Batu Sapi.

Kawad cam yang dijalankan mendapati si pengadu berjaya mengecam tertuduh secara positif.

Bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut, tertuduh telah ditahan pada 31 Oktober jam 9.30 pagi yang bertempat di hadapan Mahkamah Sandakan, Jalan Airport, Batu 7 oleh sepasukan anggota polis kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.


Loading...

Related

Sandakan 8020231763312267727

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item