satusabah

SANDAKAN : SUAMI ISTERI MAUT KEMALANGAN

SANDAKAN: Sepasang suami isteri maut apabila terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori kontena dengan...

SANDAKAN: Sepasang suami isteri maut apabila terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori kontena dengan lori 10 tan di Kilometer 126 Jalan Sandakan – Lahad Datu pada malam Jumaat lepas.

PORTAL BERITA SABAH
Kejadian berlaku lebih kurang jam 9.50 malam apabila lori kontena yang dipandu mangsa berusia 37 tahun bertembung dengan lori berkenaan dari arah bertentangan ketika menuju ke Lahad Datu dari Sandakan.

Akibat kejadian itu, pemandu lori kontena yang berasal dari Tawau terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya yang duduk depan turut maut semasa menerima rawatan di Hospital Kinabatangan manakala anak perempuan mereka berusia lapan bulan hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan mendapati kejadian dikategorikan langgar depan dengan depan kerana lori kontena yang dipandu mangsa telah memasuki lorong kanan lalu bertembung dengan lori 10 tan dari arah bertentangan.

Pemandu lori 10 tan seorang lelaki yang berasal dari Sandakan ini mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.

Anak perempuan kedua-dua mangsa kemalangan yang terbunuh itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan selepas menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.

Dalam pada itu, jalan di tempat kejadian merupakan jalan lurus Kilometer 126 dan cuaca ketika itu adalah baik.

Punca kemalangan berlaku apabila sebuah lori kontena telah makan jalan dan bertembung depan dengan depan melibatkan lori 10 tan yang datang dari arah Lahad Datu.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan dan akan dijalankan bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Loading...

Related

Sabah 9026387531038821270

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item