satusabah

SARAWAK : LOMBONG ARANG BATU MELETUP, 3 MAUT 11 CEDERA

KUCHING, (22 Nov) — Tiga maut dan 11 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, kira-kira 130km dari sini ...

KUCHING, (22 Nov) — Tiga maut dan 11 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, kira-kira 130km dari sini pada Sabtu.

Portal Berita Sabah
Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ini dan punca letupan sedang disiasat.

Menurutnya ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sri Aman.

Katanya enam daripada mereka yang cedera telah dirujuk ke Hospital Serian, kira-kira 60km dari sini dan lima lagi ke Hospital Umum Sarawak, di sini.

Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti dan Bernama difahamkan mereka adalah pekerja asing. — BERNAMA

Loading...

Related

Sarawak 6140451041897299967

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item