satusabah

SARAWAK : MAYAT DITEMUI TERAPUNG

“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan" ...

“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan"


Portal Satu Sabah
MAYAT DITEMUI SARAWAK
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menerima aduan Unit Keselamatan Syarikat Murphy Oil mengenai penemuan mayat terapung di kedudukan 26 batu nautika ke barat laut Tanjung Kidurong sekitar jam 3 petang kelmarin.

APMM Bintulu mengerahkan tujuh anggota penguatkuasaannya ketika itu menjalankan rondaan Ops Permai bergerak ke lokasi penemuan mayat berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Bintulu, Komander Rahim Ramli setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat mayat lelaki terapung di situ tanpa pakaian.

“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan keadaan mayat mengembang dan beberapa bahagian tertentu tubuhnya koyak dipercayai dimakan hidupan marin,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Sama ada mangsa warga tempatan atau asing masih dalam siasatan memandangkan perairan maritim negara turut bersempadan dengan negara-negara jiran.

Anggota APMM bertindak mengambil mayat itu dan membawanya ke jeti Kampung Jepak di sini dan tiba pada jam 9 malam kelmarin sebelum membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat.

Kes itu dikendalikan APMM memandangkan bidang kuasa mereka selaku penguat kuasa di laluan maritim serta kawasan sekitar perairan negara.

Rahim menggesa sesiapa ada kehilangan ahli keluarga atau rakan menghubungi bilik operasi APMM Bintulu menerusi talian 086-314087/086-314024.


Loading...

Related

Sarawak 2564006412255547837

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item