satusabah

SEMASA Wanita Maut Dirempuh Keretapi

Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3, pagi tadi, dipercayai dirempuh kereta api dari arah Kuala Lumpur meng...

Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3, pagi tadi, dipercayai dirempuh kereta api dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

PORTAL SATUSABAH
Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi, mangsa tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa dipercayai memasuki kawasan itu melalui lubang pagar yang sudah dipotong.

Menurutnya, siasatan mendapati kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian itu.

"Mangsa dipercayai melompat ke landasan sebelum dirempuh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.



Loading...

Related

Malapetaka 6591337950811267637

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item