satusabah

SSKM : SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA SIAPA DALANGNYA?

Pihak berkuasa keselamatan telahpun mengenal pasti dalang di sebalik isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan tindakan lanjut terhada...

Pihak berkuasa keselamatan telahpun mengenal pasti dalang di sebalik isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan tindakan lanjut terhadap dalang berkenaan sedang diambil, kata Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.

Portal Satu Sabah
Menjawab soalan Jeremy Malajad (Bebas-Kadamaian), Datuk Abdul Rahim Ismail (BN-Pantai Manis) dan Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Teo berkata pihak berkuasa akan menangani isu berkenaan sebaik-baiknya agar ia tidak lagi menimbulkan masalah dan mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini.

“Untuk makluman Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Pantai Manis dan Kuala Penyu, kerajaan amat memandang serius isu SSKM yang telah dicetuskan oleh sebahagian kecil orang tidak bertanggungjawab baru-baru ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis.

Katanya meskipun perbuatan itu ditimbulkan cuma oleh segelintir masyarakat bertujuan memperbesarkan isu SSKM namun ia bersifat hasutan dan mencetuskan provokasi serta perlu dibendung.

Jika tidak dibendung, isu itu boleh menggugat keharmonian antara wilayah dan mencabar Perlembagaan Negara dan keselamatan negara, katanya.

Sementara itu, dewan juga dimaklumkan bahawa jumlah pemandu pelancong yang beroperasi tanpa lesen di Sabah amat minimum berdasarkan laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Dalang Sabah Sarawak Keluar Malaysia (kredit SMS NEWS PORTAL)
Menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong), Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata pemandu pelancong tidak berlesen, apabila didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM7,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali menurut Bahagian IV, Seksyen 21 (2) Akta Industri Pelancongan 1992.

Mengenai pematuhan terhadap syarat yang dinyatakan dalam permit bot pelancong yang dilesenkan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah dan Jabatan Laut Malaysia, Kamarlin berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merupakan agensi utama untuk tujuan itu—BERNAMA


Loading...

Related

SSKM 7197762152467596277

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item