satusabah

TAWAU : DUA DAS TEMBAKAN KERANA CUBA TAKUTKAN KETUA KAMPUNG

“Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat d...

“Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat di Hospital Besar Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

PORTAL SATUSABAH
BERITA SABAH : DAERAH TAWAU

Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek berusia 62 tahun itu melepaskan dua das tembakan untuk menakut-nakutkan beberapa lelaki yang dikatakan cuba menyerangnya.

“Ketika kejadian beberapa lelaki dikatakan telah menyerang dengan melemparkan objek ke rumah beliau menyebabkan dia berang dan terus keluar rumah dan melepaskan dua das tembakan amaran untuk menakut-nakutkan penyerang terbabit.

“Satu daripada tembakan terkena seorang daripada lelaki itu. Mangsa yang cedera di bahagian telinga dan belakang badan itu kini dirawat di Hospital Besar Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan senjata jenis ‘pump gun’ yang digunakan turut dirampas untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Awang Besar menasihatkan orang ramai yang mempunyai lesen dan memiliki senjata api supaya tidak menggunakannya secara sewenang-wenangnya.– BERNAMA


Loading...

Related

Sabah 7821610061133009498

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item